Tuesday, August 23, 2011

Himpunan doa buat pengantin

hasil coretan hari ini...




" Ya Allah, Ya Tuhan kami...
Sesungguhnya hati kami bersatu dengan kasih Sayang Mu,
Bertemu di atas ketaatan terhadapMu,
Bersatu di atas jalan dakwahMu,
dan berjanji menegakkan agamaMu, maka engkau perteguhkan
tali ikatan antara ...... & ..... ini,
limpahkanlah berkat dan rahmat kepada kami,
Sesungguhnya padaMu, kami berserah dan 
tempat kami memohon pertolongan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin..."










" Ya Allah, Ya Tuhan kami...
Seandainya telah Kau catatkan 
dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan diantara kami, agar kebahagiaan itu adalah abadi,
dan
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian 
yang sejahtera seperti yang Engkau hendaki...
Amin Ya Rabbal 'Alamin..."










"Ya Allah, Satukanlah kedua mempelai ini 
seperti Engkau satukan hati Adam & Hawa,
Yusuf & Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W & Siti Khadijah.
Satukanlah hati kedua mempelai ini
..... & .... dengan iman, keyakinan & takwa 
kepadaMu.
Jadikanlah .... suami yang soleh, yang sentiasa memimpin,
dan .... isteri yang solehah dan sentiasa membantu.
Murahkanlah rezeki mereka berdua dan kurniakanlah
mereka zuriat yang beriman, bertakwa, 
dan beramal soleh.
semoga kehidupan mereka dilimpahi 
Al Mawaddah wa rahmah di dunia dan di akhirat...
Amin Ya Rabbal 'Alamin..."






(semuanya ilham dari kad kahwin kawan yang dah hampir
lima puluh keping sekarang....)


semua saya suka....
nak masukkan semua leh tak..hee..


(yerr....saya xbuat lagi kad kawen...seram tak...ngeeee)


daa..

1 comment:

Faidhatul Arfah said...

whahaha :D anyway , slmt hr raye eh. heee